PERHATIAN
Friday, January 29, 2010
Kerjaya 3: Editor Penerbitan
Sains sosial merupakan salah satu cabang bidang sains yang melibatkan kaitan antara hubungan komunikasi sesama manusia. Bidang pekerjaan dalam kelompok sains sosial ini memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi dan juga perlu memahami psikologi manusia. Antara bidang pekerjaan yang tergolong dalam kumpulan sains sosial ini adalah seperti editor, wartawan, kaunselor, guru pendidikan khas,perisik dan lain-lain lagi.
Editor Penerbitan;
Menjadi seorang editor tidak mewajibkan seseorang itu mempunyai kelulusan khusus dalam bidang ini, cukup sekadar mempunyai minat untuk belajar. Menjadi editor bukanlah sesuatu yang mudah. Pekerjaan sebagai editor memerlukan tahap penguasaan bahasa yang tinggi, tekun, cinta akan ilmu pengetahuan dan pelbagai lagi kemahiran untuk menghasilkan bahan bacaan yang bermutu.
Sebelum seseorang itu layak digelar sebagai editor, dia memerlukan suatu tempoh masa tertentu untuk mempelajari segala selok-belok bidang tugas editor ini. Selain itu apa yang penting anda mestilah menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Asalkan mempunyai minat maka kita haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu tersebut.
Friday, January 15, 2010
Lontaran 3 : Tawaran Kemasukan ke SBP untuk pelajar Ting. 4
Salam semua....;
Pejam celik pejam celik.... 2 minggu sudah berlalu sesi pembelajaran di tahun 2010. Masa berlari begitu cepat. Jadi tinggal 2 minggu lagi untuk pelajar tingkatan 4 yang mendapat tawaran ke SBP akan bersama-sama kita di PZ. Syabas untuk Puteri Liyana, Arif Iskandar, Najeeb, Nazeem dan Syamirul. Kepada mereka yang belum mendapat tempat, insyaallah peluang ke MRSM masih ada. Kalau tidak mendapat tempat sekalipun, tidak bermakna anda gagal untuk cemerlang. Di mana-mana pun anda boleh berjaya. Lihat contoh Amalina, Azali Azlan , Nik Madiha dll yang mendapat keputusan yang cemerlang bukan pun berada di SBP atau MRSM. Perkara yang paling penting adalah kesanggupan anda berusaha untuk mendapat kecemerlangan tersebut. Buktikan anda lebih baik daripada mereka...

Wednesday, January 6, 2010
Aktiviti 8: Program Halatuju Pelajar T4
Salam.....
Program Halatuju Pelajar T4 SMKPZ yang berlangsung selama 3 hari bermula 4 Jan - 6 Jan telah pun berakhir. Pelajar-pelajar diberi taklimat tentang sijil terbuka dan pendedahan tentang pakej-pakej matapelajaran yang ditawarkan di sekolah ini. Pelajar perlu memilih aliran yang bersesuaian dengan keputusan PMR mereka selain daripada minat. Selain itu, pelajar yang memohon aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal perlu menjalani ujian diagnostik Sains/Matematik dan Lukisan Kejuruteraan. Ini merupakan kali pertama pihak sekolah mengadakan ujian diagnostik tersebut untuk memilih pelajar yang benar-benar layak memasuki aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal.

Labels:
Aktiviti
Friday, January 1, 2010
Pendidikan 2: Kepentingan Aktiviti Kokurikulum
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berdasarkan prinsip meritokrasi. Dalam pelaksanaan dasar ini, kaedah pengiraan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Walaupun hanya 10% markah kokurikulum diambil kira tetapi memainkan peranan besar dalam pemilihan pelajar ke IPTA.
Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum
a) Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembentukan Sahsiah
* Aktiviti kokurikulum di sertai bukan semata-mata untuk mendapat ganjaran markah dalam permohonan ke IPTA
* Untuk mengimbangi perkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek JASMANI, EMOSI, ROHANI dan INTELEK.
* Dapat memupuk keyakinan jati diri, kebolehan berinteraksi dan sosialisasi, keupayaan mengurus diri dan kumpulan,kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni secara berterusan.
* Melahirkan generasi yang sihat, cergas, patriotik serta berwawasan.
* Secara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan berkeyakinan, bermotivasi, berketrampilan dan berpersonaliti unggul.
b) Kepentingan Untuk Kerjaya
* Aktiviti Kokurikulum yang diikuti oleh pelajar akan diambilkira untuk bersaing dalam memilih kerjaya yang baik.
* Keupayaan memimpin serta keyakinan mengurus yang diperoleh dari aktiviti kokurikulum adalah satu kelebihan untuk memenuhi peluang pekerjaan.
* Pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum akan diberi peluang dan pertimbangan dalam membina kerjaya mereka seterusnya.

Pendidikan
Pendidikan 1: Laluan ke IPTA
Salam....
Pelajar- pelajar yang dikasihi.... tahun 2009 telah pun melabuhkan tirainya....segala suka duka pahit manis sepanjang 2009 kita jadikan sebagai kenangan.... namun tidak bermakna kemunculan 2010 ini menjadikan titik noktah untuk kita dalam perjuangan kita mencari ilmu. Peperiksaan SPM merupakan anak tangga pertama dalam pendakian ke arah mencapai mahkota pendidikan (PhD).
Selepas ini anda perlu berhadapan dengan pelbagai cabang ilmu bergantung kepada keputusan /kelayakan masing-masing. Anda berhak untuk membuat pilihan. Segalanya terletak ditangan anda. Saya hanya mampu mendoakan kejayaan anda dalam pendidikan dan kerjaya.

Kerjaya 2: Sebagai Juruterbang
Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.
Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.
Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.
Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight Training, Malaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.

Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
- Asia Pasific Flight Training.
- HM Aerospace Sdn Bhd
- British Airways
- TUDM
http://youcareer.blogspot.com/2009/04/juruterbang.html
Labels:
Kerjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)