SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Friday, January 1, 2010

Kerjaya 2: Sebagai Juruterbang

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.


Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight Training, Malaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.

Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
- Asia Pasific Flight Training.
- HM Aerospace Sdn Bhd
- British Airways
- TUDM

http://youcareer.blogspot.com/2009/04/juruterbang.html

7 comments:

Anonymous said...

bestnye jadi pilot....
hopefully cita - cita ku tercapai untuk menjadi pilot....
12a spm 2010....
rase macam x da harapan plak coz aq adalah seorang pmpuan...

Anonymous said...

bukan x ada pilot wanita cek ooi..

Anonymous said...

aku pun teringin nak jadi pilot,tp aku kelas sastera,tak ambik subjek fizik,n math aku dapt c+,bi dapt d,tinggal angan2 je!!!!

Anonymous said...

aku pun teringin nak jadi pilot,tp aku kelas sastera,tak ambik subjek fizik,n math aku dapt c+,bi dapt d,tinggal angan2 je!!!!

Anonymous said...

uish...memang cita2 ku sejak azali... hehehe... tapi, sejak 2 menjak nie... aku da semacam give up mahu mencapai cita2 tersebut..

Anonymous said...

saya memang teringin nak jadi pilot ni.. tak kira laa dalam atau luar negara.. memandangkan gajinya yg agak lumayan dan mampu menanggung hidup saya dan mak ayah saya.. saya amat berharap agar saya dapat mencapai cita-cita ini.. boleh saya tahu, berapa kos minimum dan maximum latihan ini?? & adakah saya masih boleh mengikuti latihan ini jika saya tidak mengambil subjek fizik??

Unknown said...

Anak saya memang bercita-cita nak jadi pilot.....bayaran latihan RM 190K tak de ke mana-mana biasiswa yang boleh di applykan untuk jurusan yg mencabar nihh???