SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Saturday, February 6, 2010

Kerjaya 5 : FRU - Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit)




FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktru untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Unit ini adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan Ketenteraman Awam.

Bidang Pengajian
Untuk berkhidmat sebagai anggota keselamatan FRU, seseorang itu haruslah memohon melalui Polis DiRaja Malaysia(PDRM) kerana pasukan FRU ini terletak di bawah unit PDRM. PDRM mempunyai pelbagai unit yang setiap satunya mempunyai tugas yang berbeza seperti yang disenaraikan di bawah:
* Pasukan Simpana FRU
* Persenjataan
* Polis Marin
* Jabatan Siasatan Jenayah
* Pasukan Polis Hutan
* Semboyan
* Komputer
* Unit Berkuda
* Unit Udara
* Trafik (Caw Lalulintas)
* Tugas Am
* Pengangkutan
* Unit Tindakan Khas (UTK)
* Cawangan Kereta Perisai
* Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan
* Cawangan Antidadah (Narkotik)
* Cawangan Khas (SB)
* Bekalan (NAU)
* Cawangan Perhubungan Awam
* Unit Pengesan (Dog Unit)
* Pancaragan Polis DiRaja * Polis Pelancong
* Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)

Jika terpilih menyertai pasukan polis ini, seseorang itu diwajibkan mengikuti kursus-kursus serta latihan seperti berikut:
- Menjalani kursus asas selama 12 bulan atau pada satu tempoh yang ditetapkan mengikut arahan semasa di pusat-pusat latihan polis, memperlajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani termasuk seni mempertahankan diri.
- Menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan
- Menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun dari tarikh mula berkhidmat sebelum disahkan dalam jawatan.

Bidang tugas pasukan FRU - sentiasa terdedah kepada keadaan yang merbahaya dengan situasi yang tidak menentu. Oleh itu mereka telah dipersiapkan dengan segala persediaan, latihan dan kawalan keselamatan diri yang lengkap untuk menghadapi keadaan yang merbahaya tersebut. Anggota pasukan ini juga perlu sedia berkorban masa dan tenaga kerana arahan yang diberikan kepada mereka untuk bertugas tidak mengira masa.

2 comments:

Anonymous said...

takkan ada ahli keluarga yang jadi polis .. aku serik kena pukul dengan fru .. aku cuma membantah , tidak bersenjata ..tapi aku dipukul hingga patah tulang keting .. dan tidak boleh bekerja 3 bulan ..

fru zalim ..
negara ini pun ditubuhkan atas demonstrasi beramai-ramai orang melayu menantang Malayan Union ..so sekarang ni rapat umum tidak dibenarkan?

mengarut

Algojo said...

Anonymous June 7, 2011 5:07 AM.. ko tanya balik diri ko tu.. kenapa FRU pukul kau.. jangan salahkan org lain saja.. cermin diri dulu.. (mesti kau ada cabar2 FRU tu kan??.. kau sumpah2 diakan?.. atau kau "sentuh" FRU tu.. mmg nk mendapt la..)

Org melayu menentang malayan union sebab tak menguntungkan org melayu.. demonstrasi terpaksa dibuat untuk menentang penjajah Inggeris.. yg kau nk samakan rapat umum haram kau tu apa kaitan??