SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Friday, January 28, 2011

Kisah dan Tauladan 9 : Contohilah Sang Semut...

Sesuatu kejayaan bukan datang dengan mudah. Biasanya orang yang berjaya tidak mudah berundur dalam mengejar sesuatu matlamat. Setelah menetapkan matlamat, mereka akan mengambil pelbagai langkah biarpun terpaksa mengharungi rintangan. Mengalah bukan suatu pilihan bagi orang yang berjaya. Ini bermakna mereka tidak sesekali berundur ....seperti cerita semut di bawah.

Pengajaran terbesar yang dapat disaksikan dalam dunia kejayaan antaranya adalah kehidupan haiwan yang bernama semut. Ini juga yang mungkin cuba di gambarkan oleh penerbit filem “The Bug’s Life”. Semut sentiasa berusaha secara terus menerus untuk berjaya dan mendapatkan apa yang diinginkan. Ia merangkak di sebuah pokok lalu terjatuh, kemudian bangun dan berusaha untuk merangkak kembali di atas pokok dan terjatuh lagi, demikian seterusnya. Perkara tersebut terjadi berulang-ulang, namun ia tetap berusaha tanpa merasa lelah dan bosan hingga akhirnya ia berjaya naik ke atas pokok yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari.

Apabila jalan yang akan dilalui terhalang, maka semut akan berusaha lalu dari arah kanan dan kiri, namun jika tetap mendapatkan kesukaran untuk bergerak maju, maka ia akan berhenti sekejap kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat dibandingkan dengan yang pertama. Mungkin semut akan menjauhi jalannya yang pertama kerana ada beberapa rintangan, namun ia akan tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan yang lain hingga akhirnya sampai pada tujuan.

Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan. Ia tidak pernah merasa bosan dan putus asa, sehingga semut patut dijadikan contoh dalam hal keinginan dan tekad yang kuat yang tidak mengenal kata putus asa.

Ada satu cerita, di mana suatu ketika ada seorang Arab Badwi keluar untuk satu keperluan. Ketika dia merasa sangat letih dan putus asa, dia duduk dan berfikir untuk kembali ke tempat asalnya. Ketika itu dia melihat seekor semut yang sedang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut terjatuh, kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. Hal itu terjadi berulang kali, namun si semut tetap berusaha dan berusaha, hingga akhirnya ia berjaya sampai ke atas batu besar tersebut. Melihat pemandangan di depannya, orang Arab Badwi tersebut berkata di dalam hatinya, “Saya sepatutnya lebih patut untuk bersabar dan berusaha berbanding semut tersebut.” Kemudian dia pun meneruskan perjalanannya hingga akhirnya sampai ke tempat tujuan yang diinginkan. Lalu dia berkata:

“Cari dan raih, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan daripada berusaha untuk meraih apa yang kamu inginkan, kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan.”

‘Tidakkah kamu melihat titisan air yang tidak seberapa panjang, namun ia boleh mengalahkan kerasnya sebuah batu.”

Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pengajaran dan teladan bagi orang yang berakal, iaitu ketabahan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal erti lelah dan bosan. Semut terkenal memiliki kecerdikan yang luar biasa di dalam usahanya mendapatkan apa yang diinginkan. Seseorang yang pernah mengamati dan meneliti tentang kehidupan semut mengatakan bahawa semut mengumpulkan makanannya dari musim panas hingga musim sejuk. lni kerana semut tidak kerap keluar pada musim sejuk. Oleh itu ia menyimpan makanan

untuk musim sejuk dan hanya akan dimakan ketika masanya telah datang. Agar biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh di dalam tempat penyimpanan, maka dengan izin dan kuasa Allah S.W.T. (Zat yang telah memberikan bentuk kejadian kepada tiap-tiap sesuatu dan membekalinya dengan sesuatu untuk mencari penghidupan) si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Apabila jalannya dihalangi oleh air yang tergenang hingga tidak dapat lalu dari arah ter-sebut, maka semut dan rakan-rakannya saling bergandingan untuk membuat seperti jambatan. Apabila semut-semut lainnya sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan tadi merapat ke tepi. Maha Suci Zat yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian membekalinya dengan akal, naluri dan kudrat alamiah untuk kelanjutan kehidupan masingmasing!! Apabila seekor semut menemukan sepotong daging atau kaki belalang namun tidak kuat untuk membawanya sendiri, maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil rakan-rakannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan tersebut. Semut memiliki sifat ketabahan dan kesabaran yang menakjubkan yang boleh dijadikan pelajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan.

Bahkan seandainya kamu meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk tempat lalu sekawanan semut, maka mereka akan berhenti.Namun mereka tidak akan berbalik arah ke belakang, tetapi menunggu dan berusaha menaiki batu yang kamuletakkan, atau berusaha lalu melalui celah-celah yang ada di kanan dan kiri batu, atau mencari jalan alternatif lainyang memiliki arah tujuan yang sama. lni kerana mereka tidak mengenal erti kata mundur dan kembali. Sama-samalah kita menhayati dan mengambil iktibar daripada salah satu ciptaan Allah SWT, andai kita orang yang berfikir.

http://mengemiskasih.wordpress.com/2011/01/13/contohilah-sang-semut/

Thursday, January 27, 2011

Catatan 6: Majlis Perpisahan Mantan GPK Kokurikulum - Pn Siti Azlin bt Abu Zarin



27 Januari ...PZ meraikan Mantan Gurunya (guru yang paling lama berkhidmat disitu sejak pembukaan sekolah tersebut pada tahun 1993) iaitu Pn. Siti Azlin bt Abu Zarin. Majlis yang diadakan secara sederhana ini, meninggalkan kenangan yang cukup terindah. Walaupun persediaan untuk menjayakan majlis ini amat singkat..tetapi dengan gabungan rakan2 yang mantap..kami berjaya juga melaksanakan tugas ini dengan jayanya demi seorang sahabat merangkap kakak saya yang tersayang. Walaupun terdapat beberapa slot yang lari dari agenda asal...(maaf ye kak lin) namun kami tetap bersyukur dan puas hati dengan kelancaran majlis ini...Terima kasih juga buat pelajar-pelajar yang telah memberikan persembahan yang terbaik.

Hati saya cukup sayu dan sebak apabila tetamu yang diraikan masuk ke dewan dengan iringan lagu ACHA..(lupa lak tajuk lagu eh)...aduyai..sungguh meruntun jiwa. Dan saya pasti..yang diraikan lebih-lebih lagilah..betul tak kak lin??

Sekali lagi...hati saya 'terusik', dan saya pasti sesiapa yang mendengarnya turut kagum dengan kemerduan suara salah seorang pelajar Pendidikan Khas mendendangkan lagu PATAH HATI...Aduh!! Menusuk Kalbu..(kami yang berada dibelakang pentas..telah pun mengalirkan air mata..kak ani/kak rose aida/kak hasidah...sob..sob..sob..) sesuai pulak lagu ngan majlis ni..

Kak Lin...
Kami memang rindu kan akak...

Seharian waktu bersamamu
Tidak terasa saat yang berlalu
Bagai pelagi petang kau kan pasti
Pergi jua....

Serba sedikit biodata Pn. Siti Azlin Abu Zarin...


Dilahirkan tanggal 1hb januari 1965 di Rembau Negeri Sembilan , anak ke tujuh daripada 8 orang adik beradik . Mempunyai tiga orang kakak, 3 orang abang dan seorang adik lelaki. Mendapat pendidikan awal di SK Undang Rembau.

Beliau menyambung pelajaran di SMK Convent , kini dikenali sebagai SMK Puteri dalam kelas Rancangan Khas. Semasa di sekolah menengah pernah mewakili sekolah dalam bola jaring, bola tampar dan acara olahraga. Samada di sekolah rendah atau menengah..beliau juga bergiat aktif dalam perbahasan dan pidato.

Selepas tingkatan 6 menyambung pelajaran di Universiti Malaya di fakulti Sastera dalam pengajian Melayu dan Sejarah. Menerima ijazah pada sesi 1989/90 dengan mendapat Kelas Kedua Tinggi.

Pada tahun 2006 hingga 2008 menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana secara separuh masa di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Kepengetuaan. Telah ditempatkan sebagai guru di SMK Dato Bentara Dalam, Segamat Johor dan mengajar tingkatan 6. Pernah bertugas sebagai guru kaunseling selama setahun dan bermain sebagai pemain bola tampar mewakili segamat dalam MSKPP selama tiga tahun

Pada tanggal 5hb Jun 1994, beliau berkahwin dan berpindah ke SMK Taman Paroi Jaya pada 1hb Disember 1994. Memulakan tugas bersama 25 orang guru memulakan sesi persekolahan pada bulan disember dengan seramai 450 orang pelajar iaitu tingkatan 1, 2 dan 4. Merupakan guru displin yang pertama bersama Pn Shakliza dan En Sebastian.

Menyingkap sejarah sebagai GPK Koko, beliau memulakan tuigas di SMK Pendeta Za'ba pada tahun 1997 hingga 2002. Pada 2003 menjadi ketua bidang kemanusiaan selama 10 bulan kerana sekolah dinaikkan dari gred B ke gred A dan dilantik semula sebagai GPK koko dari bulan Oktober 2003 hingga 2010

Selama bertugas di Pendeta Za'ba pernah menjadi jurulatih pasukan bola baling sekolah dan pencapaian tertinggi ialah Johan Negeri . Kenangan manis sepanjang berada di Pendeta Za'ba ialah menjadi guru pengiring pasukan colorguard seramai 71 orang ke sukan Komenwel selama 4 bulan dan menjadi tenaga penting dalam Majlis Amal SMKPZ dalam satu konsert Malam Kesyukuran Intifada bersama Kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz.

Antara pencapaian dan kecemerlangan Pn. Siti Azlin:
* Terlibat dalam perasmian Galeri Setem dan Album Setem terbesar Malaysian Record yang dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
* Terlibat dalam pertandingan boria peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat Naib Johan
* Terlibat dalam Festival kebudayaan dan mendapat Naib Johan dalam tarian peringkat kebangsaan.
* Menjadi pengurus pasukan kompang ke peringkat kebangsaan ke Perak dan Kelantan
* Mengurus pasukan majlis Pembukaan Sukma seramai 250 orang bersama 7 orang guru
* Menguruskan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Stadium Nilai seramai 350 orang dari pelbagai sekolah dan berlatih hampir 4 bulan

dan pelbagai lagi pencapaian kecemerlangan yang lain.

Kini...pada tanggal 3 Januari 2011..beliau telah dilantik sebagai GPK HEM di SMK Seremban Jaya 2. Semoga Pn. Siti Azlin akan terus mencapai kecemrlangan di masa-masa akan datang. Kami..warga PZ sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau.

Itulah Pn. Siti Azlin bt Abu Zarin yang kami kenali......:)



Inilah dia..barisan pengurusan yang akan menjadi kenang2an buat kak lin...tempat jatuh lagi dikenang...


dan yang pastinya..... sahabat2..., adik2... yang sentiasa menggamatkan suasana..dan memeriahkan majlis... kan kak linnnn!!!he3..

Ingatan kasih...

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun
Budimu Puan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
(Nukilan: Roszaila Marjan)

Thursday, January 20, 2011

Kisah dan Tauladan 8 : Hati Sebesar Cawan Dan hati Sebesar Kolam...

“Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?” lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.

Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.

Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

“Anak muda,” lelaki tua itu bersuara.

“Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam,” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.

Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

“Sekarang kamu minumlah air tersebut,” dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

” Apa rasanya?” tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

” Masin!”

Lelaki tua itu tersenyum lagi.

“Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya.”

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

“Apa rasanya, wahai anak muda?” soal lelaki tua itu.

“Tawar, tidak masin seperti tadi,” lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

“Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?” tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

“Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.”

“Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.”

“Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri.”

Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.

www.iluvislam.com

Monday, January 10, 2011

Aktiviti 25: Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 - "JOM MASUK U"


Anak-anak pelajar sekalian..khususnya pelajar lepasan SPM 2010 di PZ...siri jelajah "JOM MASUK U" telah pun bermula. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia. Sebagai sebuah Pusat Sehenti (One-Stop Centre) bermaklumat ia sangat berguna kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk:
· Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian
baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILK dan institusi lain mulai Sesi Akademik
2011/2012;
· Mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pemohon dan masyarakat
awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILK melalui Aplikasi Dalam Talian
· Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
· Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILK dalam
negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
Bagi pelajar yang tinggal di zon selatan - Negeri Sembilan/Melaka... ambil peluang ini untuk ke karnival tersebut pada 22 - 23 Januari ini di MITC,Melaka.

...JUMPA DI SANA!!!!!...

Saturday, January 8, 2011

Catatan 5: Hilangnya Sebutir Permata PZ..

Jam 7.00 ptg tadi..saya dikhabarkan dengan berita yang mengejutkan...kembalinya Ustazah Mariah ke rahmatullah. Al-fatihah...
Allahyarhamah Ustazah Mariah seorang guru yang cukup dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik yang cemerlang di PZ. Antara guru yang terawal berkhidmat di situ. Usaha beliau dalam menubuhkan badan dakwah di PZ amatlah dipuji. Pelbagai aktviti telah dilakukan dalam usaha menaikkan nama badan dakwah tersebut..yang rata2nya diterajui oleh pelajar2 Aliran Agama.
Namun...BADAR PZ bagaikan layang2 terputus talinya...peneraju utamanya disahkan sakit. Beliau mengidap kanser payudara...namun semangat beliau masih kuat dan kental dalam melawan penyakit ini...Semangat ini yang harus kita contohi...
Segala2nya adalah ketentuanNYA....penyakit ini terus merebak ke hati dan telah disahkan sebagai kanser hati pula..Inilah ujian Allah...beliau redha..
..dan pada hari ini..sudah sampai masanya beliau 'pergi' mengadap Illahi...
Salam Takziah buat seisi keluarga..moga redha dengan pemergiannya...
Semoga ronya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman..Amin..

Friday, January 7, 2011

Catatan 4: Kakakku...Siti Azlin Abu Zarin!!!

Pejam celik pejam celik...hampir seminggu tahun 2010 melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka duka tahun itu..yang pastinya tetap memberikan kenangan yang cukup terindah buat saya sepanjang berkhidmat di PZ..lebih-lebih lagi bersama sahabat-sahabat yang begitu banyak membantu dalam melunaskan kerja2 yang diamanahkan kepada saya...Terima Kasih Sahabat!!
Namun, semalam...saya dikejutkan dengan berita yang sepatutnya 'gembira' demi peluang kerjaya seorang sahabat merangkap kakak kesayangan saya..yang akan bertukar ke SMK Seremban Jaya 2. Betapa peritnya berita ini saya terima..Kenapa harus dia??...Begitu sukar untuk saya menerima kenyataan ini.
Saya berpendapat, bukan saya saja yang merasa kehilangan dia..tapi seluruh warga PZ turut bersedih akan pemergian beliau..setelah 17 tahun beliau berkhidmat di PZ. Pengorbanan yang beliau buat untuk menjadikan PZ gah dimata masyarakat pendidik khususnya daerah Seremban adalah sangat besar. 'Dimana kan ku cari ganti...serupa dengan mu...'
Apakan daya...berat mata memandang ..berat lagi bahu yang memikul. Kak Lin tentu lebih sedih kan...?
Walaupun demikian..syabas dan tahniah buat Kak Lin. Iringan doa buat Kak Lin tersayang agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa dalam menjalankan tugas sebagai seorang GPK HEM..dan tidak lupa juga...rasanya tak terlewat lagi ni..nak wish..Selamat Ulangtahun Kelahiran..(1 Jan )
'jgn lupa adik2 mu yang sentiasa memeriahkan PZ...he3'