SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Thursday, January 27, 2011

Catatan 6: Majlis Perpisahan Mantan GPK Kokurikulum - Pn Siti Azlin bt Abu Zarin



27 Januari ...PZ meraikan Mantan Gurunya (guru yang paling lama berkhidmat disitu sejak pembukaan sekolah tersebut pada tahun 1993) iaitu Pn. Siti Azlin bt Abu Zarin. Majlis yang diadakan secara sederhana ini, meninggalkan kenangan yang cukup terindah. Walaupun persediaan untuk menjayakan majlis ini amat singkat..tetapi dengan gabungan rakan2 yang mantap..kami berjaya juga melaksanakan tugas ini dengan jayanya demi seorang sahabat merangkap kakak saya yang tersayang. Walaupun terdapat beberapa slot yang lari dari agenda asal...(maaf ye kak lin) namun kami tetap bersyukur dan puas hati dengan kelancaran majlis ini...Terima kasih juga buat pelajar-pelajar yang telah memberikan persembahan yang terbaik.

Hati saya cukup sayu dan sebak apabila tetamu yang diraikan masuk ke dewan dengan iringan lagu ACHA..(lupa lak tajuk lagu eh)...aduyai..sungguh meruntun jiwa. Dan saya pasti..yang diraikan lebih-lebih lagilah..betul tak kak lin??

Sekali lagi...hati saya 'terusik', dan saya pasti sesiapa yang mendengarnya turut kagum dengan kemerduan suara salah seorang pelajar Pendidikan Khas mendendangkan lagu PATAH HATI...Aduh!! Menusuk Kalbu..(kami yang berada dibelakang pentas..telah pun mengalirkan air mata..kak ani/kak rose aida/kak hasidah...sob..sob..sob..) sesuai pulak lagu ngan majlis ni..

Kak Lin...
Kami memang rindu kan akak...

Seharian waktu bersamamu
Tidak terasa saat yang berlalu
Bagai pelagi petang kau kan pasti
Pergi jua....

Serba sedikit biodata Pn. Siti Azlin Abu Zarin...


Dilahirkan tanggal 1hb januari 1965 di Rembau Negeri Sembilan , anak ke tujuh daripada 8 orang adik beradik . Mempunyai tiga orang kakak, 3 orang abang dan seorang adik lelaki. Mendapat pendidikan awal di SK Undang Rembau.

Beliau menyambung pelajaran di SMK Convent , kini dikenali sebagai SMK Puteri dalam kelas Rancangan Khas. Semasa di sekolah menengah pernah mewakili sekolah dalam bola jaring, bola tampar dan acara olahraga. Samada di sekolah rendah atau menengah..beliau juga bergiat aktif dalam perbahasan dan pidato.

Selepas tingkatan 6 menyambung pelajaran di Universiti Malaya di fakulti Sastera dalam pengajian Melayu dan Sejarah. Menerima ijazah pada sesi 1989/90 dengan mendapat Kelas Kedua Tinggi.

Pada tahun 2006 hingga 2008 menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana secara separuh masa di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Kepengetuaan. Telah ditempatkan sebagai guru di SMK Dato Bentara Dalam, Segamat Johor dan mengajar tingkatan 6. Pernah bertugas sebagai guru kaunseling selama setahun dan bermain sebagai pemain bola tampar mewakili segamat dalam MSKPP selama tiga tahun

Pada tanggal 5hb Jun 1994, beliau berkahwin dan berpindah ke SMK Taman Paroi Jaya pada 1hb Disember 1994. Memulakan tugas bersama 25 orang guru memulakan sesi persekolahan pada bulan disember dengan seramai 450 orang pelajar iaitu tingkatan 1, 2 dan 4. Merupakan guru displin yang pertama bersama Pn Shakliza dan En Sebastian.

Menyingkap sejarah sebagai GPK Koko, beliau memulakan tuigas di SMK Pendeta Za'ba pada tahun 1997 hingga 2002. Pada 2003 menjadi ketua bidang kemanusiaan selama 10 bulan kerana sekolah dinaikkan dari gred B ke gred A dan dilantik semula sebagai GPK koko dari bulan Oktober 2003 hingga 2010

Selama bertugas di Pendeta Za'ba pernah menjadi jurulatih pasukan bola baling sekolah dan pencapaian tertinggi ialah Johan Negeri . Kenangan manis sepanjang berada di Pendeta Za'ba ialah menjadi guru pengiring pasukan colorguard seramai 71 orang ke sukan Komenwel selama 4 bulan dan menjadi tenaga penting dalam Majlis Amal SMKPZ dalam satu konsert Malam Kesyukuran Intifada bersama Kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz.

Antara pencapaian dan kecemerlangan Pn. Siti Azlin:
* Terlibat dalam perasmian Galeri Setem dan Album Setem terbesar Malaysian Record yang dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
* Terlibat dalam pertandingan boria peringkat Kebangsaan dan mendapat tempat Naib Johan
* Terlibat dalam Festival kebudayaan dan mendapat Naib Johan dalam tarian peringkat kebangsaan.
* Menjadi pengurus pasukan kompang ke peringkat kebangsaan ke Perak dan Kelantan
* Mengurus pasukan majlis Pembukaan Sukma seramai 250 orang bersama 7 orang guru
* Menguruskan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Stadium Nilai seramai 350 orang dari pelbagai sekolah dan berlatih hampir 4 bulan

dan pelbagai lagi pencapaian kecemerlangan yang lain.

Kini...pada tanggal 3 Januari 2011..beliau telah dilantik sebagai GPK HEM di SMK Seremban Jaya 2. Semoga Pn. Siti Azlin akan terus mencapai kecemrlangan di masa-masa akan datang. Kami..warga PZ sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau.

Itulah Pn. Siti Azlin bt Abu Zarin yang kami kenali......:)



Inilah dia..barisan pengurusan yang akan menjadi kenang2an buat kak lin...tempat jatuh lagi dikenang...


dan yang pastinya..... sahabat2..., adik2... yang sentiasa menggamatkan suasana..dan memeriahkan majlis... kan kak linnnn!!!he3..

Ingatan kasih...

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun
Budimu Puan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
(Nukilan: Roszaila Marjan)

No comments: