SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, December 11, 2012

Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Online

Semakan keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online akan diumumkan pada 16 Disember 2012. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh ketahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.
semakan keputusan sbp 2013
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1
Untuk membuat semakan, sila layari laman http://www.moe.gov.my untuk mengetahui keputusan. Talian semakan hanya dibuka pada tarikh yang telah ditetapkan. Harap maklum.

Tarikh Keputusan PMR 2012 Diumumkan Keluar

Tarikh rasmi keputusan PMR 2012 akan diumumkan keluar pada 19 Disember 2012. Pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesti ramai yang menantikan keputusan PMR mereka dengan penuh debaran sehingga tidur tidak lena dibuatnya. Apa yang anda usahakan selama ni akan terpapar diatas sekeping slip peperiksaan yang penuh makna. Keputusan ini adalah penentu untuk calon melanjutkan pelajaran di Sekolah Asrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, SMK Teknik atau SMK Harian Biasa.
keputusan pmr 2012
Keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui sekolah masing-masing pada rabu 19 Disember 2012. Calon PMR boleh mengambil keputusan masing-masing selepas jam 11.00 pagi di sekolah masing-masing. Diharap semua calon berjaya dan setimpal dengan usaha anda.
keputusan pmr 2012

Wednesday, December 5, 2012

Permohonan Kursus Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test pada peperiksaan lalu akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.
Oleh itu, kami jelaskan disini bahawa calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.




Kriteria Calon SPM Layak Sertai Kursus Perguruan
Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.
Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.

Rahsia Psikologi Warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Merah:Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.



BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.


 HIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.


KELABU & HITAM

1.KELABU: Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT & UNGU

1.COKLAT :Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan 

Monday, December 3, 2012

Manusia seperti sebuah BUKU

Cover depan adalah tanggal lahir.
Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yang kita lakukan.
Ada buku yang tebal.
ada buku yang nipis.

Ada buku yang menarik dibaca.
ada yang sama sekali tidak menarik.

Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di'edit’ lagi.

Tapi hebatnya seburuk manapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru dan tiada cacat celanya.

Sama dengan hidup kita, seburuk manapun kelmarin,
Tuhan selalu menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap harinya.. Kita selalu bisa memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir... yang sudah ditetapkanNYA.

Sunday, November 4, 2012

TIPS Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum anak2 yg akan hadapi SPM .   Antara tip utk hadapi pep :
 1. Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah utk mudah jwb soalan;
2.Doakan ibubapa agar pintu rezki terbuka,
 3. Doakan guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat & Malaikat doakan kita berjaya dlm SPM, 
4.Tidur awal & baring mengiring ke kanan. Pagar diri sblm tidur dgn fatehah, 3 Qul, ayat qursi. Hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn,
 5 Bangun pagi terus senyum,baca doa2 agar cemerlang.
 6.Sblm solat subuh, solat hjt, 
7. Pastikan sarapan agar ada tenaga, 
8.Pakai perfume (berpada utk wanita) & deodorant utk rangsang otak,
 9.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik, 
 10.Doa beramai2, 
11.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu,
 12.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah, 
13. Bila bingung, istighfar & selawat byk2 utk dpt ilham Aallah, 
 14.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran, 
15.Elak bincang dgn kwn lepas exam. Terus bersedia utk subjek esok pula. Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Aamiin, wassalam.

Friday, September 21, 2012

5 FAKTA ELAK PENYAKIT YANG PERLU ANDA TAHU

Adakah anda percaya dengan fakta ini atau sebaliknya? 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa. 4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’. 5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.Jagalah kesihatan anda. SumberKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tuesday, August 7, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433H

SAMBUTAN AIDILFITRI MENURUT PERSEPSI ISLAM Print
Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)
Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.
Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".
Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya.
Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27)

Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.
Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

Saturday, August 4, 2012

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Disorok

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.


 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan....1433H




Assalammualaikum.....

Nabi SAW bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah.
Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah di bandingkan wangian kasturi". (HR Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". (HR Bukhari)
 Nabi SAW bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)
Nabi SAW bersabda, "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Nabi SAW bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan: "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya." (HR Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Umamah ra, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, "Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga". Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya”. (HR Ibn Hibban)
Nabi SAW bersabda, “Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. (HR Ahmad)
Nabi SAW bersabda, “Tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari di jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan dia dengan api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun perjalanan”. (HR Bukhari dan Muslim)

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini.

Saturday, June 23, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN GIATMARA 2012

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012. Pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi pengambilan 2012 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoV9eTdDZtwMuSk3g4-Pp4mwnINAOrxaocAEn1DL4HZEwEIFnnGybIzu4zyLfha3R2xQAsvatSTWrmw5IDT5FAGq_EMx9NiUFHJwfkz9wd71E1zEU8dzTEQI25iPBY7RL7CVvrneAkva5m/s1600/logo-giat-mara.png

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.

Bidang Latihan Kursus

Jangkamasa program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 24 bulan. Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster. Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.

Senarai Kluster

  • Komputer Dan IT
  • Percetakan
  • Fabrik
  • Mekanikal
  • Elektronik / Mekatronik
  • Senibina
  • Pengangkutan
  • Elektrikal
  • Hairdressing And Cosmetology
  • Kulinari
  • Hospitaliti
  • Pembuatan
Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :
  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:

Cara Memohon

  1. Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
  3. Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
  4. Menjalani sesi temuduga.
  5. Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya
Sumber: Eputra

Monday, June 18, 2012

SALAM ISRA' MIKRAJ


Tuesday, June 12, 2012

ANDA BERHAK HEBAT

Sebuah filem tayangan tahun 2009 arahan John Lee Hancock yang bertajuk The Blind Side, kisah benar perjalanan hidup seorang pemain American Football - Michael Jerome Oher. Merupakan seorang anak daripada keluarga berkulit hitam yang terbiar dan telah dikutip serta dipelihara oleh pasangan Leigh Anne dan Sean Touhy yang berkulit putih. Beliau telah diberi peluang untuk 'hidup semula' - belajar dan berjaya menjadi seorang pemain American Football yang digeruni . Beliau pernah berkata dalam sesi temubual, satu quote yang sangat memberi impak kepada saya berbunyi - ''Saya mungkin bukan antara yang berbakat tetapi saya telah diberikan peluang itu." 


Saya berharap kita mengambil semangat beliau dan hargailah peluang yang diberikan itu. Untuk itu, saya bersama rakan-rakan di Unit Bimbingan dan Kaunseling PZ, berusaha untuk menjemput En. Jasmi Bahrim (Kaunselor SMV ERT Rembau) yang Master dalam penggunaan kaedah NLP untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar PZ yang terpilih....pelajar yang merasakan diri mereka tidak layak untuk sebaris dengan pelajar cemerlang, pelajar yang banyak menyusahkan guru-guru atau ibu bapa serta pelajar yang memburukkan nama sekolah dalam satu program memperkasakan sahsiah pelajar pada hari ini - 12 Jun 2012.

Anda Berhak Hebat adalah satu perkongsian ilmu yang sangat berguna bagaimana untuk menikmati kejayaan dan menjadi insan yang hebat mengikut cara yang tersendiri. Ia adalah anugerah daripada Yang Maha Pencipta. Anda mempunyai potensi diri yang mengkagumkan. Anda mempunyai sumber yang tidak anda dapat bayangkan. Anda juga mempunyai peluang yang melimpah ruah untuk mencapai apa yang dihajati. 

'We Are Start From Zero - From NOBODY to SOMEBODY ' Janganlah kita dibayangi dengan kejayaan atau kegagalan masa lalu hingga meranapkan impian dan harapan mendatang. Namun, bagi mereka yang cemerlang sebelumnya, haruslah mengekalkan momentum kejayaan, bawa semangat kejayaan bersama anda dalam lapangan yang baru ini.  Mereka yang pernah menempuh kegagalan, beranikan diri dan bangkit untuk merubah, pilihan di hadapan anda. GAGAL atau BERJAYA. Pilihlah yang terbaik. 
Pilihan adalah 1 Nikmat
Tidak ada pelajar Bodoh
Tidak ada pelajar Pandai
yang ada hanya pelajar MALAS dan 
pelajar yang RAJIN sahaja...




Monday, June 11, 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA

Selamat kembali ke sekolah. Semua guru dan pelajar kelihatan ceria setelah bercuti selama dua minggu. Harap 'mood cuti' tidak mempengaruhi aktiviti sekolah. Semoga pelajar-pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar dan melibatkan diri dengan aktiviti - aktiviti sekolah.

SELAMAT BELAJAR!!


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG....MULAKAN DARI SEKARANG


1. Taat kepada Allah.
2. Menghormati Ibu Bapa dan mendoakan mereka.
3. Menghormati dan menyayangi guru.
4. Memberi penghormatan kepada diri sendiri.
5. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah.
6. Selalu bertawakal dan redha kepada Allah.
7. Sentiasa solat.
8. Berimej positif dan kemas.
9. Bermotivasi tinggi dan melakukan semua pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
10. Mahir strategi dan teknik belajar.
11. Mahir cara menghadapi peperiksaan.
12. Suka kepada semua mata pelajaran yang dipelajari.
13. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
14. Menolong kawan yang memerlukan.
16. Menjalankan kegiatan riadah untuk menyehatkan tubuh badan.
17. Menyiapkan kerja yang diberi oleh guru.
18. Tidak ponteng kelas atau sekolah.