Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki alam pekerjaan harus memiliki
kemahiran asas, kebolehan mempelajari dan menyesuaikan diri di tempat
kerja. Kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti berikut:
i) Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Fasih di dalam dua bahasa ini memberi kelebihan di dalam aspek komunikasi dan aspek pembelajaran.
ii) Kebolehan Membaca Dengan Baik
Bermakna
boleh membaca dan menilai bahan bacaan, memahami dan boleh membuat
ringkasan isi penting, menganalisis maklumat, jadual dan carta.
iii) Kebolehan Menulis Dengan Terang dan Jelas
Bermakna
boleh mengumpul maklumat dan fakta penting, mengguna ejaan, tanda kata
dan tatabahasa yang betul, menggunakan kamus, ensiklopedia dan lain-lain
buku rujukan dan menulis dengan jelas supaya mudah dibaca.
iv) Kemahiran Berkomunikasi Secara Lisan
Bermakna boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, memahami, menerima dan memberi arahan, mendapat dan menjelaskan maklumat melalui pertanyaan.
v) Kebolehan Menimbang dan Menyelesaikan Masalah
Bermakna
boleh mengenal pasti masalah, memikirkan cara baru untuk mengatasi
masalah yang rumit, menilai kemungkinan penyelesaian alternative,
mencapai keputusan berdasarkan maklumat yang betul dan bukan berdasarkan
pendapat yang kurang tepat.
vi) Kemahiran Perseorangan (Interpersonal Skill)
Bermakna
boleh menghormati pendengar, adat resam agama dan perbezaan orang
lain, memberi dan menerima kritikan secara membina, mengambil bahagian
dalam keputusan berkumpulan, mengatasi masalah secara matang.
vii) Memahami Matematik Asas
Bermakna
boleh mengira, tambah tolak, darab dan bahagi nombor, pecahan dan
perpuluhan mengira jarak, berat, kawasan, isipadu dan masa, menyukat
panjang, lebar dan tinggi.
viii) Pengetahuan Teknologi Maklmat (IT)
Bermakna mengenal komputer dan kegunaannya dan celik computer.
ix) Etika Kerja dan Sikap Positif
Bermakna
mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri, keinginan untuk
mempelajari sesuatu, mempunyai disiplin diri, boleh diharapkan dan
menepati masa, berpakaian yang sesuai, berkebolehan menerima
tanggungjawab.
Jadi dengan adanya kemahiran tambahan ini, sedikit sebanyak boleh membantu kalian dalam menghadapi situasi alam pekerjaan dan menggapai kerjaya impian anda.
No comments:
Post a Comment