Institut Kemahiran Baitulmal
(IKB) ditubuhkan pada tahun 1991 oleh MAIWP bertujuan untuk membantu
membasmi kemiskinan di kalangan keluarga Islam di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Malaysia amnya dengan cara memberikan mereka mengikuti
latihan kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah
tamat mengikuti kursus di IKB.
Di awal penubuhannya pada tahun 1991,
IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin yang kemudiannya
ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Namun demikian
melihat kepada perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan
maka nama tersebut ditukar kepada Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)
pada tahun 1995.
Penubuhan IKB adalah berdasarkan kepada objektif-objektif seperti berikut:
- Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
- Membimbing pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
Pihak
IKB sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan
terkini kepada para pelatihnya. Antara kemudahan yang disediakan di IKB
adalah seperti berikut:
- Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
- Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
- Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
- Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
- Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
- Perpustakaan dan makmal komputer.
- Kemudahan riadah dan rekreasi.
- Dua pasang pakaian seragam disediakan.
Pengajian IKB
Pelatih IKB akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember.Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.
Kursus Yang Ditawarkan
- Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)
- Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)
- Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
- Seni Lukis dan Seni Reka (SSR)
- Kejuruteraan Elektrik (KJE)
Kelayakan Umum
- Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
- Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
- Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
- Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
- Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
- Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : ikbaitulmal@yahoo.com
5 comments:
assalam..
biase nye bulan berapa borang kemasukkan ke IKB nie akan dibuka??
sya ad seorg kawan sgt berminat nk masuk dlam IKB..
bila borang permohonan akan dibuka?
Assalamualaikum bila borang permohonan ni dibuka.... Saya berminat tapi umur saya tak cukup.. Lgy....
sy berminat menghantar ank belajar disini.bila tarikh pengambilan tuk thun 2019
Post a Comment