SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, June 29, 2011

Aktiviti 28 : Lawatan Penanda Aras ke MRSM & SBP Melaka

Jutaan terima kasih kepada warga MRSM Alor Gajah dan Sekolah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) yang telah sudi menerima kunjungan kami, warga PZ pada 29 Jun 2011 (Rabu). Lawatan ini merupakan lawatan benchmarking guru-guru dan pelajar Rancangan Khas SMK Pendeta Za'ba ke sekolah berasrama penuh. Kedatangan kami disambut dengan mesra dan meriahnya. Rombongan kami seramai 40 orang ini disertai oleh 30 orang guru dan 13 pelajar KRK dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Projek Benchmarking ini diketuai oleh Pn. Durasnita Abdullah (Penyelaras KRK)


Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu dan berkonsi pengalaman dengan warga MRSM AG dan MOZAC berkaitan organisasi sekolah, sejarah sekolah, program-program pembangunan akademik, kemahiran insaniah(softskill) dan aktiviti kokurikulum sekolah serta pelbagai aspek lain. Ternyata banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa berada di sana. Guru-guru juga dibawa melawat bilik-bilik khas seperti Bilik Pusat Sumber, Koperasi, Bilik Operasi Pengawas/ Disiplin.

Apa yang menarik perhatian saya, misi "KURIKULUM TERBEZA" yang diterapkan merupakan tonggak kejayaan MRSM AG. Merupakan MRSM dan sekolah yang pertama melaksanakan program kurikulum terbeza yang melibatkan pembelajaran kemahiran insaniah (softskill) secara formal di Malaysia dan yang ketiga di dunia. Berpaksikan kepada nilai teras : Saintifik, Independent, Kreatif, Amanah, Patriotik (SIKAP) menjadikan pelajar MRSM AG terdidik menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam sahsiah dan modal insan.

Bagi sekolah MOSAC pula, kecemerlangan sekolah terus terserlah apabila dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. InsyaAllah segala dapatan daripada lawatan ini akan dikongsikan dengan semua warga SMK PZ . Semoga sekolah kita juga akan mencapai kejayaan yang hebat sepertimana MRSM AG dan MOSAC.



Guru-guru dan pelajar juga telah mendapat pendedahan dan idea baru untuk disesuaikan dengan persekitaran dan pelajar yang ada di SMK PZ.

Sekalung penghargaan diberikan kepada Pengetua MRSM Alor Gajah, Tn Mohd Satari bin Hashim dan Pengetua MOSAC serta warga sekolah yang sudi menerima kehadiran kami warga SMK PZ.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

bergambar kenangan sebelum "rombongan cik kiah" bertolak ke Melaka

saat-saat menantikan "cabel car"...bak kata En. Amir...sebelum sampai ke puncak MOSAC

Saturday, June 25, 2011

Aktiviti 27 : LDP - Bengkel ICT







TERIMA KASIH DAN SYABAS buat semua guru yang menyertai Bengkel ICT pada 25 Jun 2011 ( Sabtu). Syabas juga diucapkan khas kepada fasilitator En, Hashim bin Osman (GPK Akademik) dan En. Abd Karim bin Mohamad (Penyelaras ICT).

Bengkel ini diadakan bertujuan membantu guru-guru memperkayakan pengetahuan dalam bidang ICT selari dengan kehendak kementerian dalam merealisasikan pembestarian atau pembudayaan ICT dalam kalangan masyarakat sekolah. Bengkel ini juga sekurang-kurangnya memenuhi sasaran LDP yang diwajibkan kepada semua guru. Dengan sedemikian guru bukan sahaja hanya pandai dalam pengendalian Facebook tetapi juga berkemahiran dalam penyediaan hamparan kerja dan persembahan multimedia.

Diharap pada penghujung program, guru-guru dan masyarakat sekolah dapat memenuhi KPI Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan guru dan masyarakat sekolah setanding dengan guru dan masyarakat sekolah di negara-negara maju.

Sunday, June 19, 2011

Aktiviti 26 : Kejohanan Olahraga SMK PZ Kali ke-17 (2011)..














Kejohanan Olahraga SMK Pendeta Za'ba kali ke 17 ini telah diadakan di Stadium Abd Rahman , Paroi. Perasmian penutupnya disempurnakan oleh YDP PIBG SMKPZ, Tn Hj Othman b Jaffar.

Dalam ucapan perasmian penutup, Tn Haji Othman menyatakan bahawa kejohanan sukan adalah merupakan sesuatu yang bermakna kepada pihak sekolah dan juga pelajar. Pelajar perlu menjadikan intuisi yang terkandung dalam kejohanan sukan seperti ini sebagai landasan untuk membina kekuatan diri dan melihat keupayaan yang ada pada diri sendiri. Tegas beliau lagi, pelajar perlu membuka minda untuk merancang strategi bagi meraih sesuatu kejayaan dengan memberikan fokus yang mendalam terhadap apa yang dilakukan.

Berikut ialah keputusan rasmi kejohanan olahraga tersebut:

JOHAN BERSAMA

MERAK(MERAH) DAN RAJAWALI (BIRU) - 557 MATA

NAIB JOHAN

TIADA

KETIGA

CENDERAWASIH (KUNING) – 468 MATA

PESERTA TERBAIK L18 (L1)

MOHD AKMAL ALIF B HASHIM (MERAH)

EMAS (200M,400M, 4X100M , 4X 400M)

PESERTA TERBAIK P18 (P1)

SHANSIVITA SIVAPATHI (MERAH)

EMAS (400M, 4X400M)

PERAK (200M)


PESERTA TERBAIK L15 (L2)

MOHD ASYRAF QUSHAIRI ZULMAJDI (HIJAU)

EMAS (100M, LOMPAT KIJANG,LOMPAT JAUH, 4X100M)

PERAK (400M)

PESERTA TERBAIK P15 (P2)

ADLEEN SOFEA MOHD ZURAIDI (MERAH)

EMAS ( 100M,200M, 4X100M, 4X400M)

PERAK (LOMPAT TINGGI)

JOHAN PERBARISAN

MERAK

JOHAN PASUKAN SORAK

MERAK

JOHAN TARIK TALI

LELAKI : HIJAU (KEDIDI)

PEREMPUAN : KUNING (CENDERAWASIH)

ANUGERAH KHAS:

OLAHRAGAWAN

MOHD AKMAL ALIF B HASHIM (MERAK)

OLAHRAGAWATI

SHANSIVITA SIVAPATHI (MERAK)


Sekalung tahniah buat pasukan rumah MERAK dan RAJAWALI. Begitu juga buat Olahragawan dan Olahragawati yang telah mengharumkan pasukan rumah sukan khususnya dan seterusnya menaikkan nama sekolah.


Buat guru-guru dan warga PZ....Tahniah atas komitmen yang diberikan...Esok (20 Jun - Isnin)...CUTI!!!!...Selamat Bercuti ~ heheh...


MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!

Wednesday, June 15, 2011

Lontaran 25 : Lawatan Amal Mangsa Kebakaran Kg Paroi

Bismillah....

Akmal Aliff dan keluarga di rumah sementara mereka di Flat Paroi.

Tidak sesiapa pun yang inginkan sesuatu musibah, namun mungkin itulah takdir illahi yang berlaku kepada Pn Azizah sekeluarga apabila rumah kediamannya di Kg Paroi telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada 14 Jun 2011.

Sekitar jam 10 pagi, pihak sekolah yang terdiri daripada Pengetua (Pn. Hjh Norlia bt Abd Karim), GPK HEM (En. Amir Fuad b Mohamad Dom), dan Kaunselor (En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman dan Pn Sharifah Norashikin Syed Loed) telah berkunjung menziarah keluarga mangsa.

Setiba diperkarangan rumah sementara ihsan daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kami disambut oleh Pn Azizah, ibu kepada Akmal Alif dan Akmal Hidayah (Pelajar SMK Pendeta Za'ba) dan ahli keluarganya dengan wajah yang diselubungi kesedihan. Namun mereka menyambut kami dengan seyuman mesra sebagai tanda terima kasih atas lawatan kami itu.

Menurut Pn Azizah, petaka ini berlaku kira-kira pukul 11.00 malam. Sewaktu kejadian beliau tiada di rumah kerana bekerja manakala anak yang sulung, Akmal Aliff bermain futsal. Kebakaran ini telah disedari oleh anak bongsu beliau yang berusaha 6 tahun lantas mengejutkan kakak-kakaknya untuk tujuan menyelamatkan diri. Kebakaran ini telah memusnahkan struktur rumah, dokumen-dokumen dan harta benda lain.

Kami sempat meninjau kawasan kebakaran itu. Cuma yang tinggal tunggul-tunggul tiang rumah yang telah menjadi arang, kepingan-kepingan zink, serpihan kaca, tong gas dan sebagainya berselerakan di sana-sini. Melihat keadaan seperti ini, lahir keinsafan bahawa apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya..

Sebagai kemuncak lawatan kami, Pengetua (Pn Hjh Norlia Abd Karim telah menyampaikan sumbangan derma yang telah dipungut daripada warga sekolah berserta 4 beg pakaian terpakai dan 1 beg makanan kering (biskut) kepada ibu mangsa Pn. Azizah. Sebanyak RM 1326.60 telah berjaya dikumpul, sementara pungutan derma masih lagi diteruskan. Pada masa yang sama, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan beberapa orang pegawai JPNS turut hadir menyatakan takziah dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Pengetua menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga SMK Pendeta Za'ba

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan

Pengarah JPNS sempat menemubual Akmal Aliff

Pengarah JPNS juga turut menyatakan takziah buat kedua-dua keluarga mangsa kebakaran

Harapan pihak sekolah agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah ini.

Bergambar bersama En Amir Fuad (GPK HEM), Akmal Alif dan adik-adik di hadapan rumah sementara mereka

Pengetua ( Pn Hjh Norlia) , Pn Azizah, Pn Sh. Norashikin dan En. Amir Fuad

Tuesday, June 14, 2011

Lontaran 24 : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Bismillah...

Hari ini sy dikejutkan dengan berita sedih....Kehidupan dua orang pelajar PZ, Mohd Akmal Aliff (T4) dan adiknya (T1) serta merta berubah dan mungkin menjadi kenangan hitam dalam sejarah hidup beliau. Rumah tempat mereka sekeluarga berlindung telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran. Alhamdulillah tiada berlakunya kemalangan jiwa. Akmal dan adik beradik yang lain terselamat. Namun segala keperluan persekolahan mereka musnah sama sekali. Ketika kejadian..ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal sedang bekerja.



Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul. Pihak sekolah berasa simpati atas musibah yang berlaku dan berharap mereka dapat bersabar dalam menempuh ujian Allah ini.

En Amir Fuad bin Mohamad Dom (GPK HEM SMKPZ) dan beberapa orang guru termasuk Kaunselor telah menziarah keluarga mangsa dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada Akmal dan adik beradiknya..


*Muhasabah diri...

Apabila seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan berlapang dada dan bersabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit. Ini adalah kerana musibah ialah uijian yan meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita

Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

Sunday, June 12, 2011

Lontaran 23 : Laluan UBK berubah wajah..







Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Noriah bt Abd Karim yang banyak menyumbang idea dan bahan-bahan bacaan serta tidak lupa juga buat Geng2 / Sahabat PPDa dibawah bimbingan En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman yang membantu merealisasikan impian UBK. Semoga laluan UBK ini memberi manfaat kepada seluruh warga PZ .....

Saturday, June 11, 2011

Lontaran 22 : Kembali ke sekolah....

As salam...
Cuti sekolah sudah sampai ke penghujung....walaupun hampir 2 minggu bercuti..tetapi berasakan amat sekejap. Kalau boleh cuti biarlah panjang sedikit..banyak tempat yang belum dilawati, jemputan kenduri pun masih ada lagi, rehat pun serupa tak rehat, dan banyak agenda lagi yang belum ditunaikan dan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan apabila cuti dah hampir berakhir...

Bagi sesetengah pelajar, saat-saat inilah mereka sibuk menyiapkan segala tugasan yang dibekalkan oleh guru mereka sebelum cuti sekolah. Tabiat bertangguh hingga ke saat-saat akhir tidak elok...namun itulah yang berlaku pada kebanyakan pelajar sekolah. Azam untuk berubah adalah omongan kosong semata-mata.
Pagi Isnin pula...kaki terasa berat hendak melangkah ke sekolah. Bangun pagi pun cukup liat..sebab 2 minggu sudah terbiasa bangun lewat...Mood untuk ke sekolah belum muncul kerana mood cuti melebihi segala-galanya...

Berjumpa dengan kawan-kawan sekelas pun masih lagi berkongsi cerita tentang cuti. Ada pelajar sibuk 'copyright' tugasan kawan2...agar tidak menjadi kemarahan guru kelak. Macam-macam perangai pelajar sekolah..... itulah situasi yang sebenar di sekolah selepas bercuti....

Apa yang hendak saya tegaskan, sem 2 inilah yang sangat bermakna buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. Untuk itu, marilah kita sama-sama meneruskan momentum kecemerlangan...agar apa yang dicita-citakan akan tercapai. Insyaallah!!