SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Wednesday, June 15, 2011

Lontaran 25 : Lawatan Amal Mangsa Kebakaran Kg Paroi

Bismillah....

Akmal Aliff dan keluarga di rumah sementara mereka di Flat Paroi.

Tidak sesiapa pun yang inginkan sesuatu musibah, namun mungkin itulah takdir illahi yang berlaku kepada Pn Azizah sekeluarga apabila rumah kediamannya di Kg Paroi telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada 14 Jun 2011.

Sekitar jam 10 pagi, pihak sekolah yang terdiri daripada Pengetua (Pn. Hjh Norlia bt Abd Karim), GPK HEM (En. Amir Fuad b Mohamad Dom), dan Kaunselor (En. Mohd Fahridzakki Abd Rahman dan Pn Sharifah Norashikin Syed Loed) telah berkunjung menziarah keluarga mangsa.

Setiba diperkarangan rumah sementara ihsan daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), kami disambut oleh Pn Azizah, ibu kepada Akmal Alif dan Akmal Hidayah (Pelajar SMK Pendeta Za'ba) dan ahli keluarganya dengan wajah yang diselubungi kesedihan. Namun mereka menyambut kami dengan seyuman mesra sebagai tanda terima kasih atas lawatan kami itu.

Menurut Pn Azizah, petaka ini berlaku kira-kira pukul 11.00 malam. Sewaktu kejadian beliau tiada di rumah kerana bekerja manakala anak yang sulung, Akmal Aliff bermain futsal. Kebakaran ini telah disedari oleh anak bongsu beliau yang berusaha 6 tahun lantas mengejutkan kakak-kakaknya untuk tujuan menyelamatkan diri. Kebakaran ini telah memusnahkan struktur rumah, dokumen-dokumen dan harta benda lain.

Kami sempat meninjau kawasan kebakaran itu. Cuma yang tinggal tunggul-tunggul tiang rumah yang telah menjadi arang, kepingan-kepingan zink, serpihan kaca, tong gas dan sebagainya berselerakan di sana-sini. Melihat keadaan seperti ini, lahir keinsafan bahawa apa yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya..

Sebagai kemuncak lawatan kami, Pengetua (Pn Hjh Norlia Abd Karim telah menyampaikan sumbangan derma yang telah dipungut daripada warga sekolah berserta 4 beg pakaian terpakai dan 1 beg makanan kering (biskut) kepada ibu mangsa Pn. Azizah. Sebanyak RM 1326.60 telah berjaya dikumpul, sementara pungutan derma masih lagi diteruskan. Pada masa yang sama, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan beberapa orang pegawai JPNS turut hadir menyatakan takziah dan memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Pengetua menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga SMK Pendeta Za'ba

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan

Pengarah JPNS sempat menemubual Akmal Aliff

Pengarah JPNS juga turut menyatakan takziah buat kedua-dua keluarga mangsa kebakaran

Harapan pihak sekolah agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah ini.

Bergambar bersama En Amir Fuad (GPK HEM), Akmal Alif dan adik-adik di hadapan rumah sementara mereka

Pengetua ( Pn Hjh Norlia) , Pn Azizah, Pn Sh. Norashikin dan En. Amir Fuad

3 comments:

Akrom Shamsuri said...
This comment has been removed by the author.
Akrom Shamsuri said...

moga Allah beri keuatan.... doa sentiasa mengiringi Akmal Alif dan keluarga

pearl said...

semoga die tabah menghadapi dugaan ini -amin-