SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Monday, June 6, 2011

Catatan 12 : Contoh Folio Kerjaya Kedoktoran + Resume (Curriculum Vitae)

As salam...
Hari ini seharian kaq ijah menyelesaikan kerja2 yang dibekalkan untuknya musim cuti sekolah ini. Apa tidaknya..cuti sekolah dah sampai ke penghujung..tidak lama lagi kaq ijah perlu dihantar ke asrama. Apa lagi bersengkang matalah dia..nak menghabiskan kerja2 yang banyak tu. Namun begitu, sebagai seorang mama..aq suka suasana begitu..terima kasih buat cikgu2nya kerana membekalkan kerja sekolah yang banyak tu..tidaklah asyik dgn fB jer (yg menjadi kegilaan remaja masa kini...adoyaiii..) Itu pun dan lagi ber'fB'...sambil menyiapkan kerja sekolah tu...sambil menyelam minum air kata orang.
Sebenarnya, apa yang menarik minatku..adalah kerja kursus kaq ijah tu...

FOLIO KERJAYA - BIDANG KEDOKTORAN (klik contoh)

Kenapa DOKTOR???? ....Itulah cita-citanya sejak dari kecil lagi. Bukan kerana kekayaan, populariti,.....tetapi, kerana minat! Itu kata nya....

"Biarlah harapan setinggi gunung.... usaha seluas laut yang membiru.... yang penting jangan padamkan cita-cita murni mu itu!!!"

"Makenaide! Ganbaraou!" (Jangan mengalah! Berusahalah!)

Selamat Menempuh SPM anakku...mama sentiasa mendoakan yang terbaik......Amin!

RESUME (CURRICULUM VITAE) (klik contoh)

....kalo bukan kerana mock-interview naik sem 2 ni, sudah pasti kaq ijah dan kebanyakan pelajar tidak mengambil endah bagaimana menyediakan resume....untuk tujuan melanjutkan pelajaran dan seterusnya ke alam kerjaya. Perkara-perkara yang dianggap kecil inilah sebenarnya penting dalam menyusuri alam pekerjaan mereka. Mereka yang tidak tahu dan tidak terdedah dengan cara2 penyediaan resume yang betul akan membantut kelicinan proses pencarian pekerjaan.

Jadi2 pelajar sekalian..jangan ambil mudah perkara yang telah disebutkan tadi.

No comments: