SUNTIKAN MINDA

"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang muslihat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan....."

Tuesday, June 14, 2011

Lontaran 24 : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Bismillah...

Hari ini sy dikejutkan dengan berita sedih....Kehidupan dua orang pelajar PZ, Mohd Akmal Aliff (T4) dan adiknya (T1) serta merta berubah dan mungkin menjadi kenangan hitam dalam sejarah hidup beliau. Rumah tempat mereka sekeluarga berlindung telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran. Alhamdulillah tiada berlakunya kemalangan jiwa. Akmal dan adik beradik yang lain terselamat. Namun segala keperluan persekolahan mereka musnah sama sekali. Ketika kejadian..ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal sedang bekerja.



Berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul. Pihak sekolah berasa simpati atas musibah yang berlaku dan berharap mereka dapat bersabar dalam menempuh ujian Allah ini.

En Amir Fuad bin Mohamad Dom (GPK HEM SMKPZ) dan beberapa orang guru termasuk Kaunselor telah menziarah keluarga mangsa dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada Akmal dan adik beradiknya..


*Muhasabah diri...

Apabila seseorang menghadapi musibah, dia wajib menerima dengan berlapang dada dan bersabar. Contohnya menghadapi kematian orang yang dikasihi, kemalangan dan sakit. Ini adalah kerana musibah ialah uijian yan meningkatkan iman iaitu jalan untuk menambahkan kebaikan pada diri seseorang mukmin seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis Riwayat Bukhari)

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita

Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

No comments: