Permohonan Kemasukan GIATMARA 2012.
Pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun
2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan bagi sesi
pengambilan 2012 dijadualkan akan bermula pada bulan Julai ini.
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
- Bumiputra
- Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
- Sihat tubuh badan dan tidak cacat
- Berminat dengan bidang yang dipohon
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5.
Bidang Latihan Kursus
Jangkamasa
program latihan sepenuh masa di GIATMARA adalah antara 3 – 24 bulan.
Kursus atau program yang ditawarkan dibahagikan mengikut kluster.
Setiap kluster mengandungi beberapa kursus yang boleh dimohon.
Senarai Kluster
- Komputer Dan IT
- Percetakan
- Fabrik
- Mekanikal
- Elektronik / Mekatronik
- Senibina
- Pengangkutan
- Elektrikal
- Hairdressing And Cosmetology
- Kulinari
- Hospitaliti
- Pembuatan
Sila rujuk laman web GIATMARA di Maklumat Latihan untuk mengetahui lebih terperinci kursus yang terdapat dalam setiap kluster dan lokasi Pusat GIATMARA yang menawarkannya.
Kemudahan
Pelbagai
kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di
GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang
tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan
sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan
oleh pihak GIATMARA ialah :
- Latihan percuma
- Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
- Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
- Sukan dan Rekreasi
- Sijil Kemahiran GIATMARA
- Sijil JPK (di mana berkenaan)
- Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
- Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)
Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma melalui:
- Muat turun di Borang Permohonan Latihan GIATMARA
- Datang sendiri ke GIATMARA berhampiran
Cara Memohon
- Dapatkan borang seperti yang dinyatakan di atas.
- Lengkapkan borang dan hantar ke Pusat GIATMARA yang dipohon.
- Tunggu panggilan temuduga dari GIATMARA.
- Menjalani sesi temuduga.
- Surat tawaran akan dihantar kepada pemohon yang berjaya
Sumber: Eputra
2 comments:
Mcm mne hendak memohon utk jg pengajar di giatmara?
mam mane klu nk jd guru giatmara ye??kne krusu@smbg study ke??
Post a Comment